...kisah kau dan aku...

Monday, December 29, 2008

Wahai hati...sabar la..

Kalau nak diikutkan hati aku..esok juga aku nak kawin..biarlah org lain cakap aku nak menggatal ke.. miang ker..arrghhh..peduli apa aku..yg nak kawinnya aku..bukannya derang..tapi aku masih waras lagi..aku masih lagi terikat dengan adat orang melayu..
Dulu aku heran nape la orang yg nak bertunang or nak kawin ni selalu sgt gaduh..kadang2 benda yang kecik2 pun leh jadik isu..lambat sampai time dating la..baju x lawa la..rambut x kemas laa..busy laa..sampaikan isu politik pun leh jadik gaduh..itu x kira lagi gaduh pasal x sefahaman ttg hantaran kawin..dulang hantaran laa..tarikh kawin..ada tu sampai gaduh2 nak pilih tema perkahwinan..yg pompuan nak kaler tu laa..tapi yg lelaki x suke plak..sampai mcm tu skali..betul..tipula kalau xder..percayalaaa...ada pasangan yg begitu..kadang2 sampai terlepas perkataan.."X nak tunangla...kalau awak nak tunang...tunang la ngan orang lain.." Haaa.. tu baru kes nak bertunang..mcm2 dugaan masa nak mendirikan masjid ni..coz mase ini lah banyak setan2 durjana yg menjalankan tugas dengan berdedikasi..
Tapi sume tu kite boleh atasi...segala dugaan yang Allah turunkan kepada kita ada hikmahnya.. sampai sekarang...aku masih berpegang pada ayat itu..
p/s: B..I LOVE U...sume dugaan akan kita hadapi bersama2 ok..

Saturday, November 15, 2008

Here I come

Alhamdulillah..aku dapat masuk maktab..blajar sambil mengajar dalam setahun setengah..kalau lulus tgu lagi 3 tahun untuk dapat tetap..doa2 kan ye kawan2...

Aku dah terbayang2 Melaka dah ni...hai..warga melaka..here i come...

Sila baca artikel di bawah..
*****************************************
Satu kajian terbaru menyatakan kesukaran wanita terutama golongan isteri mengawal berat badan dan mengelak gemuk bukan disebabkan amalan pemakanan atau kurang senaman, sebaliknya berpunca daripada rasa bahagia dan selesa disamping pasangan.
Pakar pemakanan dan saintis berkata, hasil kajian mendapati turun naik berat badan seseorang wanita bergantung kepada sejauh mana kegembiraan dan kebahagiaan yang dinikmatinya. Pada peringkat awal hubungan, wanita biasanya melakukan amalan pemakanan ketat demi menjaga penampilan dan ketika ini berat badan turun secara purata 2.2 kilogram sebulan.
Bagaimanapun, keadaan berubah apabila wanita mula berasa selesa dengan pasangannya. Rancangan perkahwinan yang menjadikan wanita gembira akan menyebabkan berat badan bertambah, sebelum berkurangan semula selepas bayi dilahirkan," kata seorang daripada penyelidik.
Sebuah firma pengurusan berat badan yang turut membuat kajian ke atas 3,000 wanita berkata 'kaum hawa' menghadapi lima tahap turun naik berat badan dalam hidup mereka dan ia berbeza antara satu sama lain.
"Emosi wanita mempunyai kesan yang amat besar terhadap kesihatan dan berat badan," kata Jane McCadden dari firma berkenaan yang dipetik sebuah akhbar tempatan.Beliau berkata, tempoh hayat seseorang wanita menyaksikan berat badan mereka turun naik mengikut fasa baru dalam kehidupan, percintaan dan status keluarga.
"Kajian kami juga berjaya menjelaskan betapa sukarnya untuk wanita mengekalkan berat badan sepanjang hayat mereka. Walaupun ada masanya mereka berjaya mengurangkannya, tabiat pemakanan yang buruk akan berulang dan mereka kembali berdepan masalah itu," katanya.
Beliau berkata, kajian menunjukkan bahawa separuh daripada responden bersetuju bahawa berat badan mereka bergantung kepada sejauh mana kegembiraan yang dialami.
*****************************************
Huhu..dats mean..aku gemuk bukan sebab aku kuat makan ke kuat tdo ke..tapi aku tengah mengalami saat2 bahagia...n kepada wanita2 di luar sana...x payah risau la kalau korang gemuk tetiba...itu tandanya...korang tengah bahagia...

Sunday, November 02, 2008

Maaf...

Banyak dugaan yang aku tempuhi sepanjang aku bercinta ngan teman lelaki aku...korang pun dah tau kan siapa dia...dia seorang lelaki yang aku cari2 selama ini..dia lelaki yang hadir dalam setiap mimpi2 aku...dia lelaki yang dapat membuatkan jiwa perempuanku bergetar...dan dia seorang yang sabar dan dapat menerima aku seadanya...dia lelaki dalam hidup aku..sharom kahar..
Pengalaman lalu kadang kala membuatkan aku terlalu berhati-hati dalam memilih seorang pasangan hidup..pintu hati yang aku tutup selama ini terbuka luas dengan kehadirannya dalam hidup aku..jujur dan berterus terang, malah berpendidikan agama..antara sebab aku terpaut dengannya...
Semalam...aku telah melukakan hati lelaki yang menyayangi aku..mungkin benar kata dia..ego aku melangit tinggi..tanpa aku sedar..ada hati yang terluka dengan sikap aku yg menyanjung tinggi ego yang selama ini ada dalam diri aku..maafkan sayang..b..sayang janji x buat lagi..sungguh...tapi kalau berlaku juga hal yang sama satu hari nanti...teguran dari b amat sayang harapkan..berdiam diri membuatkan sayang lupa dan leka..
Tapi kaannnnnn...saya amat berterima kasih pada awak yang sanggup juga memujuk saya..walaupun saya yang melukakan hati awak...
Ya Allah...sayangnya saya kat awak sharom..
Satu - Dewa

aku ini adalah dirimu
cinta ini adalah cintamu
aku ini adalah dirimu
jiwa ini adalah jiwamu
rindu ini adalah rindumu
darah ini adalah darahmu

tak ada yang lain
selain dirimu
yang selalu ku puja
ku sebut namamu
di setiap hembusan nafasku
ku sebut namamu,
ku sebut namamu

dengan tanganmu aku menyentuh
dengan kakimu aku berjalan
dengan matamu aku memandang
dengan telingamu aku mendengar
dengan lidahmu aku bicara
dengan hatimu aku merasa

Tuesday, October 28, 2008

I'm sick..

Ya Allah...Tuhan sajelah yg tau macam mane sakitnya aku...

Baru2 ni aku mengalami sakit belakang..1st time kena time aku tgh kuar dating kat taman bukit hampar segamat..time tu sharom masakkan aku nasi minyak...sedap sgt...tapi sori b...sayang kurang selera skit time tu...sakit belakang x terkata..x tau laa dari mana sakit tu datang...tiba2 jer..

Semalam sakit tu datang lagi..by the way...aku berjaya jugak abiskan nasi minyak tu...thanx b.. haaa..sambung balik..sakit tu datang for the 2nd time..datang x bagi signal...macam ari tu laaa..
tiba2 jer..aku ngan sharom on da way balik segamat dari BP..x taulaaa mcm mane..tapi tanpa sedar aku menangis menahan sakit..badan aku x leh sandar langsung kat seat kete..dalam 10 minit jugak laa sakit tu datang..dan yg pelik bin ajaibnya..sakit tu tiba2 jer ilang..ilang mcm tu saje..mcm korang petik jari...skali petik..dia datang..petik lagi..dia pegi...sesuke ati ehhh..
sharom plak aku tgk x senang duduk dari aku stat nangis..aku tau dia risau..aku tau dia sayang kat aku..tapi percayala b..sayang ok...sayang sihat sampai ke ari ni..Allah masih benarkan sayang bernafas di muka bumi ni...Alhamdulillah...syukur sgt...

fine...myvi aku!!!!!!

fine...myvi aku kena langgar..menyirap tul darah aku time tu.. aku dah bagi signal siap2 masa nak belok..tapi bole plak motor blkg aku tu terus nak tegak jer..apelagi berdentum la..aku plak nak cepat..coz nak gi kl ngan parents aku..x pasal2 benda ni berlaku..dahla yg langgar aku tu bdk lagi..form 3..x de lesen..aku dah kira baik ati la jgk tak menyumpah bdk pompuan tu..benda dah nak jadik..nak wat camner..
tapi yg wat aku menyirap sgt tu...bapak budak tu yang x nak bayar ganti rugi..dah la ko biarkan anak ko bwk motor..langgar kete org..xnak bayar pulak..byk cantik muka pakcik..ello..pakcik..saya ni kan dah kira baik ati tau x report polis..kalau x..anak pakcik mmg x selamat la ngan polis..
wahai hati..sabarlaaa...but thanx to my hubby, coz settle kan hal ni..bapak bdk tu hulur duit gak.. kalau B x de time tu..x taula apa nak jadi..

Sunday, October 12, 2008

**Apa yang saya suka**

***saya suka bila awak merenung mata saya..
***saya suka awak yang sangat take care kan diri saya..
***saya sukakan awak yang sangat takut bila saya merajuk..
***saya suka bila awak ada di sisi saya bila saya sedih..
***saya sukakan awak yang sangat manja..
***saya suka sangat bila awak genggam tangan saya..seolah-olah semangat awak berada dalam diri saya...
***saya suka bila dengar awak membebel x henti-henti bila saya buat awak risau..so sorry..
***saya sukakan awak yang sangat suka berkebun..penanam cili yang berjaya..
***saya suka bila awak cakap "awak tau x yang saya sayang kat awak, syuhada"..
***saya suka setiap kali awak baca notes dari saya..dats mean awak rindukan saya..
***saya sukakan awak yang sangat matang..
***saya suka awak yang pandai speaking jawa..even saya x reti2 ckp jawa..
***saya suka bila awak tunjukkan sayang awak kat saya..
***saya sukakan awak yang berkulit sawa matang..
***saya suka cara awak menyayangi diri saya..
***saya suka awak yang sanggup datang rumah saya walaupun awak demam..
***saya sukakan sikap awak yang sangat yakin pada diri sendiri..
***saya suka bila awak sanggup lakukan apa saja untuk saya..
***saya suka bila saya tau awak suka saya..
***saya sukakan awak yang pandai merancang hala tuju hubungan kita..
***saya suka bila awak curi hati saya..
***saya sukakan awak yang menghargai pemberian saya yang tak seberapa..
***saya suka habiskan waktu saya bersama awak..
***saya suka berbuka puasa bersama-sama awak..
***saya suka merenung gambar awak..tapi saya lagi suka merenung wajah awak..
***saya sukakan setiap saat saya bersama awak..
***saya suka bau badan awak..
***saya suka kan ur level of confident..
***saya suka setiap lagu yang awak tujukan buat saya..
***saya suka bercerita dengan awak..
***saya sukakan perut awak yang semakin buncit..kita geng..welcome to da club..
***saya suka saat awak risaukan saya bila saya offkan handphone..tu la wat lagi saya sedih..tau takut..huhu..
***saya suka bila saya dan awak berkongsi rasa hati yang sama..
***saya suka bila awak dapat baca fikiran saya..pelik kan..
***saya suka duduk di sebelah awak..
***saya suka dengar awak bercerita..
***saya suka bila awak luahkan masalah awak kat saya..
***saya suka dapat menempatkan wajah saya di hati awak..
***saya suka bila awak ucapkan kata-kata cinta kat saya..
***saya suka bila awak dapat terima saya seadanya..even saya tidak secantik nurul syuhada nurul ain..
***saya suka bila awak rasa cemburu..menunjukkan saya adalah hak awak selamanya..
***saya suka bila awak telefon saya malam2...kacau tdo saya..walaupun awak tengah busy..dats mean setiap saat hanya saya sahaja di ingatan awak..
***saya suka awak yang pandai masak nasi minyak..
***saya suka saat beraya bersama awak..
***saya suka cara awak merenung saya...
***i love the way u talk..
***i love the way u walk..
***i love the way u love me..
***i love the way u smile..
***i love everything about you..
***i love u so much..until my last breath..please remember dat..MY SHAROM KAHAR

..:: Bagaimana Menyayangi Seseorang ::..

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun

Saturday, October 11, 2008

Mencintaimu...

Mencintai mu
Seumur hidup ku
Selamanya
Setia menanti
Walau di hati saja
Seluruh hidup ku
Selamanya
Kau tetap milik ku
Hanya satu yang tak mungkin kembali
Hanya satu yang tak pernah terjadi
Segalanya teramat berarti di hati ku
Selamanya...
Mencintai mu
Seumur hidup ku
Selamanya
Kau tetap milik ku

Rezeki...rezeki...

huhu...raya ni mmg banyak tul rezeki yang datang..sana sini org wat rumah terbuka..tu x campur yang wat marhaban lagi...perrrggghhh...senang cite rezeki tu ade je laa..dari hari isnin sampailah ari jumaat...dapur umah aku tak berasap langsung...bukan x nak memasak..tapi jemputan makan kat umah orang ade je tiap hari...hari ni kat umah jiran, esok kat umah kawan, pastu kat umah si polan..kata orang rezeki jangan ditolak....hihihi...memang aku tak tolak langsung punyalahhh...
Alhamdulillah...semoga hari2 yang mendatang rezeki untuk aku sentiasa ada...terutamanya rezeki untuk kawin...huhu..aku nak kawin..aku nak kawin...InsyaAllah...amin....

Wednesday, October 01, 2008

Salam lebaran...

Aidilfitri kali ni aku sambut dengan gembira...berbeza dengan suasana tahun2 yg lepas..3 tahun yg sudah, family aku beraya di rumah sewa memandangkan rumah baru masih dalam proses pembinaan..dengan keadaan rumah yg sempit dan kurang selesa family aku beraya ala kadar aje.. so tahun ni merupakan 1st year beraya di rumah baru...langsir baru, sofa baru, ampaian baru, cermin baru dan huuuhhhhhh...senang kata segala2nya baru lah...nak raya lah katakan...
Tu baru aku citer pasal rumah aku...kita masuk bab lain plak..sejak dari tahun 1980-an, tibe je time raye..kitorang akan menjadikan raya ke-3 sebagai hari untuk berkumpul...ala2 reunion laaa..sebelum nenek aku meninggal, rumah nenek merangkap rumah makcu merupakan target untuk mengadakan aktiviti ni(thanx makcu kerana mewujudkan aktiviti ni)...bagi aku masa ni la peluang untuk mengenal sedara dgn lebih dekat..sedara jauh dan dekat...kalau nk dikira..lebih dari seratus sedara yang datang..sungguh...sampai ke hari ni..ada sedara yg aku masih x kenal lagi namanya..dan yg lebih malunya..siap ada yg cakap...laaaa...ko sedara aku rupanya..teruk kan..Ya Allah...keciknya dunia ni...
Moral of the story..kenal2 lah sedara sendiri..ade banyak faedahnya...so salam lebaran untuk semua...semoga lebaran kali ni membawa seribu makna kepada korang sume...

Sunday, September 21, 2008

Ape tgk2...nak mati eh...???

Perghhhh...layan...memang layan...subuh2 camni sambil tgu waktu imsak..layan plak lagu sempurna...hati rasa tenang jer..x macam semalam petang..rase macam nak marah jer...mcm nak bunuh org..mcm nak strangle org..huhu..seb baik semalam pose..seb baik semalam my sharom pujuk hati aku yg mcm nak meletup ni...

Ni la dia...celcom..keje nak makan duit org + tipu org jer..arghhh...suku sakat TM mmg camtu.. bersyukur sgt2 aku dah x keje kat VADS lagi...huhu...barulah aku rase mcm mana frust nyer customer TM...marketing punyela bagus...promotion sana...promotion sini..service hampeh tahap cipan...line celcom aku ni...asyik crossline jer..tu x kira bil tepon melambung tgi even aku dah tukar plan 1+5...mmg xde sape yg aku kol klu bukan family aku n my sharom...mmg x penah2 lah bil tepon aku tgi melangit camni...

Emmm...sudah2...wahai hati...tenang la dikau...subuh pun dah masuk...aku nak solat jap then sambung tidooooooooooo.....huhu...aku dah terbayang2 katil aku dah ni...chaw cin chaw... mmuah...

Friday, September 19, 2008

19 Ramadhan 1429...

tepat jam 7.01pm..skrg aku kat KFC Bukit Pasir...berbuka puasa bersama insan yang sangat aku sayangi ...kalau korang nak tau..perut aku skrg ni memang tgh lapo...lapo tahap gaban la..x sabar nak berbuka..ni kalau linda tau aku berbuka kat KFC mesti dia terliur...huhu...sori mak
arini dah masuk ari ke 19 kite berpuase...lagi bape ari lagi nak raye??..11 ari lagi...huhu..wat anak2 sedara aku yg dah berangan nak duit raye dari cikda..huhu..jgnla dok berangan lagi..konpem tahun ni korang x dapat duit raye..nak wat cane...gaji x dapat lagi...huhu..ni la x syoknye kalau mula2 keje gamen...gaji punyela lambat...alaa...senang kata lah kan..kerani skola aku yg malas wat keje..keje dok tangguh2...igt muke aku ni cap duit...seb baik la sekarang ni time pose...jimat skit duit aku..huhu..
jap eh..tgk jam jap..dah nak masuk waktu berbuka ni...lagi seminit je..kalau aku dok KL konpem lambat gi nak berbuke..huhu...okla...perut aku dah menyanyi2 lagu ni..
Selamat berbuka...

Sunday, September 07, 2008

live is beautiful..

Start dari aku tukar keje sampailah ke ari ini.. aku rase idup aku semakin lancar.. semakin bahagia.. mungkin berkat aku ikut ckap mak aku suh balik johor.. keje kat johor.. alhamdulillah.. Allah tunjukkan jalan yang terbaik bagi aku..

malah sekarang ni idup aku bertambah bahagia..sangat2 bahagia..dengan adanya orang baru dalam idup aku..membuatkan aku rase idup aku semakin bermakna..berkongsi rahsia, suka duka, pahit manis dan berkongsi rasa hati yang sama..dulu, aku pernah rase berputus asa terhadap cinta...meminjam kata-kata kawan aku...makin kita mencari cinta...makin jauh cinta tu tinggalkan kita..sampaila satu tahap kita merasakan cinta itu terlalu tinggi untuk kita gapai dan milikinya...dan mungkin sudah sampai masanya kita membiarkan ia datang mencari kita pula..

dan aku rasa keputusan yang aku buat memang tepat..percayalah..di saat kita keseorangan dan kesunyian..akan ada insan yang mencari kita suatu hari nanti..dan buat en sharom bin kahar..terima kasih kerana tidak berputus asa mencari saya..

Saturday, August 30, 2008

SEMPURNA


Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan selalu memujamu
Di setiap langkahku
ku kanselalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan
Hidupku tanpa cintamu
Janganlah kau tinggalkan diriku
tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidup ku lengkapi diriku
oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna
Kau genggam tanganku
saat diriku lemah dan terjatuh
kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidup ku lengkapi diriku
oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna
Sayangku engkau begitu sempurna.. sempurna.. sempurna..

Saturday, August 16, 2008

Jatuh cinta...yes...i'm in love...

Honestly..masa mula2 aku bertukar kerja as a teacher kat segamat, hati aku berdebar2...sgt2 berdebar..."PENDIDIKAN KHAS"...aku x dapat gambaran yg jelas ttg keje baru aku..but i take it as a challange..

Now, aku dapat merasakan yg aku dah jatuh cinta kat keje baru aku ni... dunia yg penuh warna warni...sometimes aku rasa terbuai dengan keletah anak murid aku...ayunatasya,sindrom down, penuh dengan emosi, sheikh n farhan...autisme..yg pada aku sentiasa berada di dunia mereka sendiri...dan murid2 aku yg lain...semuanya istimewa...luv u all...

And for my mum...Pn Masrah bt Jarkasi..terima kasih kerana memaksa Uda menjadi guru pendidikan khas..luv u mum...

Monday, June 23, 2008

Keciknye dunia ni...

Siut tul...aku gi ikut family akak aku gi kenduri kawen kat gombak..dalam kepala aku ni..igt nak makan free jee..selambe je ikut derang..dah la pakai baju pinjam..mana taknya..klu ikut plan asal dalam pala otak aku ni..aku nak makan free kat umah akak aku..tup2..derang pegi kenduri kawen plak..memikirkan aku dah lama x mkn nasik myk, aku pun menonong je angguk pala nak ikut..masa tu la menjajau nak carik baju..last2 dapatla jugak baju yg "mcm" formal skit lepas akak aku selongkar almari baju dia (saiz L bg akak aku..tapi mcm XL bile aku sarung baju 2..) "arghh..belasah je..bukannye aku kenal pengantin pun..kawan adik aku time hiking kat kota kinabalu aritu" aku gi sana nak makan je..bukan nak jumpe pengantin pun..

Nak dijadikan citer, sampai2 je aku kat sana...aku nampak sorang mamat ni..dan aku memang kenal mamat ni.."sape la mamat ni...kat mane aku jumpe dia.." pikir punye pikir, then aku nampak Ina Awi kat sebelah dia..."Laaaa husband si Ina rupanye..patutla macam kenal..but..eh..apa Ina wat kat sini"..stupid question..mestilah nak meraikan pengantin...aku je yg datang cni nak makan nasik myk..borak pye borak ngan Ina baru aku tau rupenya yg kawen tu Zeli(bdk CS223 kat UiTM Shah Alam..) aku memang kenal si Zeli tu..satu kelas time subjek BELL n penah la lepak sesekali ngan dia n kengkawan yg lain..) Ya Allah..betullah kata orang..memang kecik je dunia ni..pusing punyer pusing..aku jmpe ko..ko jmpe aku..anyway..aku memang enjoy gi kenduri aritu..jumpa kawan2 lama..n makan pun sedap..

Pengajaran kali ni...jgn gi kenduri kawen ngan niat nak makan free..huhu..for sure..termalu sendiri...

Sunday, May 18, 2008

MTeST...KPLI...MTeST...KPLI...ermmmm

Hi..me again..malam2 camni aku leh x ngantuk n layan internet lak..huhu..lama dah tak update blog aku ni..aku kat balakong actually..tdo umah my fren, Anne..one of my besfren masa kat itm dulu.. lama dah janji nak datang umah dia..baru arini aku tunaikan..Anne..i'm here now..skrg ni kat ruang tamu..MENGEMAS...MALAM2..KOL 3.15am..dan aku mcm malas nak tolong dia.. huhu...jahatkan aku..dahla mkan free, tpt tdo disponsor..huhu(dah nak siap kang..aku tolong la..)

Next week aku balik kg..nak amik test KPLI kat segamat..ni kali ke3 aku amik test KPLI..1st and 2nd time dulu, aku memang berkobar2..tapi kali ni..semangat aku dah luntur sket..mcm2 dugaan kali ni..start dari aku nak beli no pin borang KPLI lagi sampailah ke hari ni..aku sebenarnya dah x de ati nak amik test 2..tapi disebabkan mak aku..aku akan tunaikan jugak hasrat dia..dan hati aku seakan berkata yg aku akan lepas kali ni..selalunya camtu la..masa byk dugaan la impian akan terlaksana..so..juz wait n see..


Next week jugak cuti sekolah..aku heran gak apsal lak byk sg surat aku aku dapat bulan ni..buzz..kad kawen rupenya..kak ha, senior masa degree..kawen 29/5..shima+afzan my fren kat jengka plak langsung pada 25/5...menjadik jugak depa berdua tu..azita plak 24/5 ..kena plak time aku exam KPLI..zura, opismate aku nikah 1/6 ni..huhu..berderet2..hopefully aku dapat luangkan masa pegi kenduri depa sume..InsyaAllah..

In this blog..i wish u all(yg nak kawen ye)..Selamat pengantin baru...semoga hubungan kalian bahagia ke akhir hayat...AMIN..



Saturday, February 02, 2008

Hari ke-6 di plaza vads

huhu...ok gak pindah balik ke PV.. yg penting dekat ngan umah aku..save minyak, save masa jugak..naik kete 5 minit je sampai..tapi yg x bestnye.. campur ngan budak2 split.. depa jawab kol..so bising skit la kat floor..huhu...dah nak pukul 11...EXIT!!!!!!!!

Wednesday, January 02, 2008

Bile la nak masuk gaji nihhh...

waduh2...manyak bosan aaa...aku x sabar nak balik ni... x sabar nak dapat gaji..aku x puas hati tul la ngan Kelly ni .. gaji selalu masuk lambat.. kata 4 working days after cut off..memang nak mampus tul.. apa diorang x tau ke..duit bulan lepas dah abis .. nak byr duit kete lagi..duit makan aku dah tgl zero.. kete aku pun nak makan gak..camne nak jalan klu kete lapo...memang buduh tahap cipan...yg paling aku x pueh hati ni..millenium dah masuk gaji 29hb lagi...VPS plak semalam..kelly ni macam haram..

Syuhada Masri..sabar...eeeee camne lah aku nak sabar..aku xde duit ni....sat lagi kol 5pm gaji x masuk..aku memang nak bom HR Kelly..siap ko...

Goodbye Asmah...

Hari ni hari ke-3 aku trening kat Menara TM...so far OK lah..aku dah familiar ngan system I-Care ni but system baru masih ada kelemahannya..mcm ICOMs gak la masa mula launch..huhu hari ni sebenarnya aku xnak citer byk pasal trening n apa kejadahnya I-Care ni..

Dalam sebulan dua ni aku byk berpikir tentang my best fren..asmah..satu opis memang tau mcm mane close nya aku ngan asmah..senang kata kemana-mana pun, ktrg gi berdua..byk rahsia n citer yg aku luahkan kat asmah n kebanyakan rahsia asmah aku pun tau..walaupun x 100% tapi akulah tempat dia curahkan segala masalah...aku igt lagi masa aku mula2 masuk follow up..aku kenal asmah sebagai buddy master kawan aku je..juz say hi n borak biasa je..

Lama2 dah 2-3 bulan masuk follow up.. aku mula rapat ngan asmah hanya kerana kitorg peminat drama korea..everyday topik yg hangat kitorang bincangkan time breakfat n lunch topik ni la..masa tu barulah aku realize that asmah rupanya satu kepala ngan aku..memang ngam..bulan 3 aku beli Myvi and aku slalu ajak asmah kuar..satu hari aku x ckp ngan asmah macam ada benda yg x kena..walaupun jarak umur aku ngan asmah 2 tahun tapi dia seorg yg matured..i love her very much n aku anggap asmah bukan saja kawan baik aku but one of my family member..

Dalam sebulan ni..aku kerap menghitung hari..menunggu hari-hari terakhir asmah di office.. dia dapat tawaran KPLI kat perlis and she decides to accept the offer..Ntah la..aku pun x tau mcm mana hidup aku tanpa asmah nanti..She's the one that know me very well..i'll be miss her..

Jauhnya nak gi perlis!!!!!!!!! Arrggghhhhhh!!!!!!!!!!!!!