...kisah kau dan aku...

Saturday, November 15, 2008

Here I come

Alhamdulillah..aku dapat masuk maktab..blajar sambil mengajar dalam setahun setengah..kalau lulus tgu lagi 3 tahun untuk dapat tetap..doa2 kan ye kawan2...

Aku dah terbayang2 Melaka dah ni...hai..warga melaka..here i come...

Sila baca artikel di bawah..
*****************************************
Satu kajian terbaru menyatakan kesukaran wanita terutama golongan isteri mengawal berat badan dan mengelak gemuk bukan disebabkan amalan pemakanan atau kurang senaman, sebaliknya berpunca daripada rasa bahagia dan selesa disamping pasangan.
Pakar pemakanan dan saintis berkata, hasil kajian mendapati turun naik berat badan seseorang wanita bergantung kepada sejauh mana kegembiraan dan kebahagiaan yang dinikmatinya. Pada peringkat awal hubungan, wanita biasanya melakukan amalan pemakanan ketat demi menjaga penampilan dan ketika ini berat badan turun secara purata 2.2 kilogram sebulan.
Bagaimanapun, keadaan berubah apabila wanita mula berasa selesa dengan pasangannya. Rancangan perkahwinan yang menjadikan wanita gembira akan menyebabkan berat badan bertambah, sebelum berkurangan semula selepas bayi dilahirkan," kata seorang daripada penyelidik.
Sebuah firma pengurusan berat badan yang turut membuat kajian ke atas 3,000 wanita berkata 'kaum hawa' menghadapi lima tahap turun naik berat badan dalam hidup mereka dan ia berbeza antara satu sama lain.
"Emosi wanita mempunyai kesan yang amat besar terhadap kesihatan dan berat badan," kata Jane McCadden dari firma berkenaan yang dipetik sebuah akhbar tempatan.Beliau berkata, tempoh hayat seseorang wanita menyaksikan berat badan mereka turun naik mengikut fasa baru dalam kehidupan, percintaan dan status keluarga.
"Kajian kami juga berjaya menjelaskan betapa sukarnya untuk wanita mengekalkan berat badan sepanjang hayat mereka. Walaupun ada masanya mereka berjaya mengurangkannya, tabiat pemakanan yang buruk akan berulang dan mereka kembali berdepan masalah itu," katanya.
Beliau berkata, kajian menunjukkan bahawa separuh daripada responden bersetuju bahawa berat badan mereka bergantung kepada sejauh mana kegembiraan yang dialami.
*****************************************
Huhu..dats mean..aku gemuk bukan sebab aku kuat makan ke kuat tdo ke..tapi aku tengah mengalami saat2 bahagia...n kepada wanita2 di luar sana...x payah risau la kalau korang gemuk tetiba...itu tandanya...korang tengah bahagia...

Sunday, November 02, 2008

Maaf...

Banyak dugaan yang aku tempuhi sepanjang aku bercinta ngan teman lelaki aku...korang pun dah tau kan siapa dia...dia seorang lelaki yang aku cari2 selama ini..dia lelaki yang hadir dalam setiap mimpi2 aku...dia lelaki yang dapat membuatkan jiwa perempuanku bergetar...dan dia seorang yang sabar dan dapat menerima aku seadanya...dia lelaki dalam hidup aku..sharom kahar..
Pengalaman lalu kadang kala membuatkan aku terlalu berhati-hati dalam memilih seorang pasangan hidup..pintu hati yang aku tutup selama ini terbuka luas dengan kehadirannya dalam hidup aku..jujur dan berterus terang, malah berpendidikan agama..antara sebab aku terpaut dengannya...
Semalam...aku telah melukakan hati lelaki yang menyayangi aku..mungkin benar kata dia..ego aku melangit tinggi..tanpa aku sedar..ada hati yang terluka dengan sikap aku yg menyanjung tinggi ego yang selama ini ada dalam diri aku..maafkan sayang..b..sayang janji x buat lagi..sungguh...tapi kalau berlaku juga hal yang sama satu hari nanti...teguran dari b amat sayang harapkan..berdiam diri membuatkan sayang lupa dan leka..
Tapi kaannnnnn...saya amat berterima kasih pada awak yang sanggup juga memujuk saya..walaupun saya yang melukakan hati awak...
Ya Allah...sayangnya saya kat awak sharom..
Satu - Dewa

aku ini adalah dirimu
cinta ini adalah cintamu
aku ini adalah dirimu
jiwa ini adalah jiwamu
rindu ini adalah rindumu
darah ini adalah darahmu

tak ada yang lain
selain dirimu
yang selalu ku puja
ku sebut namamu
di setiap hembusan nafasku
ku sebut namamu,
ku sebut namamu

dengan tanganmu aku menyentuh
dengan kakimu aku berjalan
dengan matamu aku memandang
dengan telingamu aku mendengar
dengan lidahmu aku bicara
dengan hatimu aku merasa