...kisah kau dan aku...

Tuesday, October 28, 2008

I'm sick..

Ya Allah...Tuhan sajelah yg tau macam mane sakitnya aku...

Baru2 ni aku mengalami sakit belakang..1st time kena time aku tgh kuar dating kat taman bukit hampar segamat..time tu sharom masakkan aku nasi minyak...sedap sgt...tapi sori b...sayang kurang selera skit time tu...sakit belakang x terkata..x tau laa dari mana sakit tu datang...tiba2 jer..

Semalam sakit tu datang lagi..by the way...aku berjaya jugak abiskan nasi minyak tu...thanx b.. haaa..sambung balik..sakit tu datang for the 2nd time..datang x bagi signal...macam ari tu laaa..
tiba2 jer..aku ngan sharom on da way balik segamat dari BP..x taulaaa mcm mane..tapi tanpa sedar aku menangis menahan sakit..badan aku x leh sandar langsung kat seat kete..dalam 10 minit jugak laa sakit tu datang..dan yg pelik bin ajaibnya..sakit tu tiba2 jer ilang..ilang mcm tu saje..mcm korang petik jari...skali petik..dia datang..petik lagi..dia pegi...sesuke ati ehhh..
sharom plak aku tgk x senang duduk dari aku stat nangis..aku tau dia risau..aku tau dia sayang kat aku..tapi percayala b..sayang ok...sayang sihat sampai ke ari ni..Allah masih benarkan sayang bernafas di muka bumi ni...Alhamdulillah...syukur sgt...

fine...myvi aku!!!!!!

fine...myvi aku kena langgar..menyirap tul darah aku time tu.. aku dah bagi signal siap2 masa nak belok..tapi bole plak motor blkg aku tu terus nak tegak jer..apelagi berdentum la..aku plak nak cepat..coz nak gi kl ngan parents aku..x pasal2 benda ni berlaku..dahla yg langgar aku tu bdk lagi..form 3..x de lesen..aku dah kira baik ati la jgk tak menyumpah bdk pompuan tu..benda dah nak jadik..nak wat camner..
tapi yg wat aku menyirap sgt tu...bapak budak tu yang x nak bayar ganti rugi..dah la ko biarkan anak ko bwk motor..langgar kete org..xnak bayar pulak..byk cantik muka pakcik..ello..pakcik..saya ni kan dah kira baik ati tau x report polis..kalau x..anak pakcik mmg x selamat la ngan polis..
wahai hati..sabarlaaa...but thanx to my hubby, coz settle kan hal ni..bapak bdk tu hulur duit gak.. kalau B x de time tu..x taula apa nak jadi..

Sunday, October 12, 2008

**Apa yang saya suka**

***saya suka bila awak merenung mata saya..
***saya suka awak yang sangat take care kan diri saya..
***saya sukakan awak yang sangat takut bila saya merajuk..
***saya suka bila awak ada di sisi saya bila saya sedih..
***saya sukakan awak yang sangat manja..
***saya suka sangat bila awak genggam tangan saya..seolah-olah semangat awak berada dalam diri saya...
***saya suka bila dengar awak membebel x henti-henti bila saya buat awak risau..so sorry..
***saya sukakan awak yang sangat suka berkebun..penanam cili yang berjaya..
***saya suka bila awak cakap "awak tau x yang saya sayang kat awak, syuhada"..
***saya suka setiap kali awak baca notes dari saya..dats mean awak rindukan saya..
***saya sukakan awak yang sangat matang..
***saya suka awak yang pandai speaking jawa..even saya x reti2 ckp jawa..
***saya suka bila awak tunjukkan sayang awak kat saya..
***saya sukakan awak yang berkulit sawa matang..
***saya suka cara awak menyayangi diri saya..
***saya suka awak yang sanggup datang rumah saya walaupun awak demam..
***saya sukakan sikap awak yang sangat yakin pada diri sendiri..
***saya suka bila awak sanggup lakukan apa saja untuk saya..
***saya suka bila saya tau awak suka saya..
***saya sukakan awak yang pandai merancang hala tuju hubungan kita..
***saya suka bila awak curi hati saya..
***saya sukakan awak yang menghargai pemberian saya yang tak seberapa..
***saya suka habiskan waktu saya bersama awak..
***saya suka berbuka puasa bersama-sama awak..
***saya suka merenung gambar awak..tapi saya lagi suka merenung wajah awak..
***saya sukakan setiap saat saya bersama awak..
***saya suka bau badan awak..
***saya suka kan ur level of confident..
***saya suka setiap lagu yang awak tujukan buat saya..
***saya suka bercerita dengan awak..
***saya sukakan perut awak yang semakin buncit..kita geng..welcome to da club..
***saya suka saat awak risaukan saya bila saya offkan handphone..tu la wat lagi saya sedih..tau takut..huhu..
***saya suka bila saya dan awak berkongsi rasa hati yang sama..
***saya suka bila awak dapat baca fikiran saya..pelik kan..
***saya suka duduk di sebelah awak..
***saya suka dengar awak bercerita..
***saya suka bila awak luahkan masalah awak kat saya..
***saya suka dapat menempatkan wajah saya di hati awak..
***saya suka bila awak ucapkan kata-kata cinta kat saya..
***saya suka bila awak dapat terima saya seadanya..even saya tidak secantik nurul syuhada nurul ain..
***saya suka bila awak rasa cemburu..menunjukkan saya adalah hak awak selamanya..
***saya suka bila awak telefon saya malam2...kacau tdo saya..walaupun awak tengah busy..dats mean setiap saat hanya saya sahaja di ingatan awak..
***saya suka awak yang pandai masak nasi minyak..
***saya suka saat beraya bersama awak..
***saya suka cara awak merenung saya...
***i love the way u talk..
***i love the way u walk..
***i love the way u love me..
***i love the way u smile..
***i love everything about you..
***i love u so much..until my last breath..please remember dat..MY SHAROM KAHAR

..:: Bagaimana Menyayangi Seseorang ::..

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun

Saturday, October 11, 2008

Mencintaimu...

Mencintai mu
Seumur hidup ku
Selamanya
Setia menanti
Walau di hati saja
Seluruh hidup ku
Selamanya
Kau tetap milik ku
Hanya satu yang tak mungkin kembali
Hanya satu yang tak pernah terjadi
Segalanya teramat berarti di hati ku
Selamanya...
Mencintai mu
Seumur hidup ku
Selamanya
Kau tetap milik ku

Rezeki...rezeki...

huhu...raya ni mmg banyak tul rezeki yang datang..sana sini org wat rumah terbuka..tu x campur yang wat marhaban lagi...perrrggghhh...senang cite rezeki tu ade je laa..dari hari isnin sampailah ari jumaat...dapur umah aku tak berasap langsung...bukan x nak memasak..tapi jemputan makan kat umah orang ade je tiap hari...hari ni kat umah jiran, esok kat umah kawan, pastu kat umah si polan..kata orang rezeki jangan ditolak....hihihi...memang aku tak tolak langsung punyalahhh...
Alhamdulillah...semoga hari2 yang mendatang rezeki untuk aku sentiasa ada...terutamanya rezeki untuk kawin...huhu..aku nak kawin..aku nak kawin...InsyaAllah...amin....

Wednesday, October 01, 2008

Salam lebaran...

Aidilfitri kali ni aku sambut dengan gembira...berbeza dengan suasana tahun2 yg lepas..3 tahun yg sudah, family aku beraya di rumah sewa memandangkan rumah baru masih dalam proses pembinaan..dengan keadaan rumah yg sempit dan kurang selesa family aku beraya ala kadar aje.. so tahun ni merupakan 1st year beraya di rumah baru...langsir baru, sofa baru, ampaian baru, cermin baru dan huuuhhhhhh...senang kata segala2nya baru lah...nak raya lah katakan...
Tu baru aku citer pasal rumah aku...kita masuk bab lain plak..sejak dari tahun 1980-an, tibe je time raye..kitorang akan menjadikan raya ke-3 sebagai hari untuk berkumpul...ala2 reunion laaa..sebelum nenek aku meninggal, rumah nenek merangkap rumah makcu merupakan target untuk mengadakan aktiviti ni(thanx makcu kerana mewujudkan aktiviti ni)...bagi aku masa ni la peluang untuk mengenal sedara dgn lebih dekat..sedara jauh dan dekat...kalau nk dikira..lebih dari seratus sedara yang datang..sungguh...sampai ke hari ni..ada sedara yg aku masih x kenal lagi namanya..dan yg lebih malunya..siap ada yg cakap...laaaa...ko sedara aku rupanya..teruk kan..Ya Allah...keciknya dunia ni...
Moral of the story..kenal2 lah sedara sendiri..ade banyak faedahnya...so salam lebaran untuk semua...semoga lebaran kali ni membawa seribu makna kepada korang sume...